Di penghujung tahun 1998, jenama ‘ERA’ ditubuhkan hasil usaha sama dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Jenama ini terus mencipta nama dan dikenali oleh setiap isi rumah di serata pantai Timur. Sejak 20 tahun penubuhannya, ERA telah membina reputasi sebagai jenama yang berpengalaman dalam bidang pemprosesan, pengedaran dan pemasaran beras dan juga bahan makanan lain.

ERA memahami keperluan pelanggan, oleh sebab itu ERA mengutamakan kualiti dan nilai harga yang berpatutan, supaya setiap keluarga dapat menikmati produk-produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Semua produk dijamin mutunya oleh BERNAS dan disahkan halal oleh JAKIM.




Setelah didorong oleh semangat permuafakatan, ERA berikrar untuk terus berkembang demi memenuhi keperluan makanan masyarakat sejagat.