Kek Batik Susu Strawberi

Bahan-bahan:

1 paket (300 gram) biskut marie, dipatahkan kecil-kecil

1 cawan Krimer Manis ERA

250 gram mentega

½ cawan Krimer Sejat ERA

2 sudu besar perisa strawberry (strawberry emulco)

 

Cara-cara penyediaan:

1.     Patah-patahkan biskut marie ke dalam mangkuk dan ketepikan

2.     Dalam kuali, cairkan mentega. Masukkan krimer manis, krimer sejat, dan perisa strawberry. Masak sehingga mendidih. Tutup api

3.     Kemudian masukkan biskut marie, gaul rata

4.     Tuang ke dalam bekas/loyang petak bersaiz 6x6 inci yang telah dilapik dengan kertas pembakar, tekan dan mampatkan sehingga rata. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam

5.     Keluarkan kek batik dari bekas/loyang dan potong mengikut saiz yang diinginkan, sedia untuk dihidangkan