Nasi Ketam Sumbat

 

Bahan-bahan:

1 cawan Beras Nagasari Super Import ERA

1 ¼ cawan air

4 ekor ketam, direbus dan diambil isi dan cengkerang atas sahaja

2 sudu besar Minyak Masak ERA

1 sudu besar mentega

2 biji bawang merah kecil, dicincang halus

2 ulas bawang putih, dicincang halus

2 biji cili api, dicincang halus

1 biji lobak merah, disagat halus

1 biji kentang, disagat halus

3 sudu besar hirisan daun bawang

2 biji telur

1 sudu kecil jus lemon

1/2 sudu kecil serbuk lada putih

Gula dan garam secukup rasa

Sedikit daun ketumbar untuk hiasan

 

Cara-cara penyediaan:

1.     Masukkan beras dan air ke dalam periuk nasi dan masak seperti nasi biasa, ambil 1 cawan nasi dan biarkan sejuk

2.     Rebus ketam dan biarkan sejuk, asingkan isinya. Ketepikan

3.     Panaskan minyak dan mentega, tumis bawang merah, bawang putih dan cili api sehingga harum

4.     Masukkan lobak merah, kentang, goreng sehingga masak

5.     Dalam mangkuk, satukan bahan yang digoreng tadi bersama-sama 1 cawan nasi, isi ketam, telur, daun bawang, jus lemon, serbuk lada putih, gula, dan garam secukup rasa. Gaul sebati

6.     Masukkan adunan ke dalam cengkerang ketam, panaskan sedikit minyak masak dan goreng bahagian cengkerang dahulu. Kemudian balikkan dan goreng sehingga masak dan kuning keemasan. Sedia dihidangkan ketika panas.