Nasi Lasagna

Bahan-bahan:

2 cawan beras Beras Nagasari Super Import ERA

2 ½ cawan air

450 gram daging cincang

2 cawan sos pasta

½ sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk pati ayam

2 biji telur

4 cawan keju (pizza topping, shredded), asingkan ¼ cawan untuk dicampurkan ke dalam nasi

 

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan beras dan air ke dalam periuk nasi dan masak seperti nasi biasa, sejukkan.
  2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
  3. Untuk sos pasta daging, goreng daging cincang tanpa minyak sehingga masak. Masukkan sos pasta, serbuk pati ayam dan serbuk lada hitam, kacau sebati dan ketepikan
  4. Dalam mangkuk, campurkan nasi yang telah sejuk bersama telur dan ¼ cawan keju. Kacau sebati.
  5. Masukkan separuh daripada campuran nasi tadi ke dalam bekas pembakar. Tekan sedikit untuk mampatkan. Langkah ini bagi menggantikan "lasagna skin"
  6. Tuang separuh dari sos pasta daging tadi, dan taburkan separuh dari keju. Ulangi lapisan tersebut sekali lagi sehingga habis
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190 darjah celcius selama 20-25 minit, atau sehingga keju perang keemasan. Sedia dihidangkan ketika panas