Popiah Mac n' Cheese

 

Bahan-bahan:

4 keping kulit popiah (saiz besar)

1 cawan Krimer Sejat ERA

½ cawan makaroni

4 keping keju cheddar

3 cawan Minyak Masak ERA

Sedikit tepung gandum dan sedikit air

 

Cara-cara penyediaan:

1.     Panaskan krimer sejat sehingga mendidih, masukkan makaroni dan masak di atas api sederhana

2.     Setelah makaroni masak, matikan api. Masukkan kepingan keju cheddar dan gaul sebati. Biarkan sejuk selama 15 – 20 minit.

3.     Sudukan makaroni yang telah sejuk tadi ke atas sekeping kulit popiah, gulung sehingga kemas dan lekatkan bahagian hujung (dengan campuran tepung gandum dan sedikit air) membentuk popiah

4.     Masukkan popiah ke dalam peti sejuk beku sekurang-kurangnya 30 minit

5.     Panaskan minyak, kemudian goreng popiah dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Sedia untuk dihidangkan ketika panas