Aidilfitri Lebih Indah Bila Dinikmati Bersama

5th July 2019

Aidilfitri sentiasa menjadi hari paling istimewa buat kita semua. Lebaran tahun ini pula pastinya menjadi antara yang terindah buat kami sendiri. Ramadan lalu menyaksikan pelbagai detik manis terpahat dalam sejarah ERA. Salah satu daripadanya adalah apabila kami berpeluang untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan menerusi sumbangan lebih 20,000 kilogram beras ERA menerusi kerjasama dengan pihak JAWI.

Aidilfitri Lebih Indah Bila Dinikmati Bersama

Dan seperti mana semua sedia maklum, kami telah mengumumkan bahawa 1 kilogram daripada setiap 5 kilogram beras yang terjual sepanjang Ramadan ini akan diperuntukkan bagi tujuan amal. Ternyata sambutan yang kami terima amatlah memberangsangkan. Hasilnya, kami telah dapat menginfak sebanyak 20,000 kilogram lagi beras!

Aidilfitri Lebih Indah Bila Dinikmati Bersama

Jumlah yang amat menggalakkan ini juga membolehkan pengagihan dilakukan bukan saja ke masjid-masjid sekitar ibu kota, malah juga di kawasan pedalaman Lembah Klang. Daripada 4,000 kampit beras ERA 5 kilogram itu, sebanyak 1,800 kampit telah diagihkan ke masjid-masjid di bandar dengan kerjasama JAWI, manakala baki 2,200 kampit lagi pula telah diberikan kepada masjid-masjid di luar bandar menerusi agensi yang terlantik.

Aidilfitri Lebih Indah Bila Dinikmati Bersama

Selain itu, kami di ERA juga amat berbangga kerana dapat sama-sama memeriahkan lebaran anda melalui variasi produk kami yang menjadi ramuan utama bagi pelbagai juadah raya anda. Baik dari hidangan utama seperti lemang, ketupat dan rendang, hinggalah ke seribu satu jenis manisan yang beraneka rupa serta warna – terima kasih  kerana memberi kami peluang untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda.

Aidilfitri Lebih Indah Bila Dinikmati Bersama

Kami amat bersyukur dan berbesar hati dengan sambutan yang anda berikan. Semoga nawaitu kita sentiasa dirahmati dan diberkati. Terima kasih sekali lagi buat semua yang menyumbang, kerana sama-sama menjadikan lebaran ini lebih bermakna daripada yang sebelum-sebelumnya. Doa ikhlas kami sentiasa menemani anda dalam terus menikmati keindahan Syawal bersama insan tercinta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami di ERA.