Peraduan Resipi Power #DapurERA

16th October 2019

Peraduan Resepi Power #DapurEra

 

Sebagai menghargai sokongan ‘power’ anda, ERA kini muncul dengan PERADUAN RESIPI POWER #DapurERA, yang menawarkan hadiah hebat bernilai sehingga RM100,000! Ada kereta, ada barangan elektrik, malah ada juga pakej ubah suai dapur!

Untuk layak menyertai, anda cuma perlu membeli produk ERA dengan nilai minimum RM10 dalam satu resit, di mana-mana kedai terdekat anda yang menjual produk kami. Lebih banyak anda beli, lebih banyak penyertaan yang anda boleh hantar, dan tentunya lebih tinggi peluang untuk menang! Terbuka untuk semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, peraduan ini akan berlangsung mulai 16 Oktober hingga 31 Disember. Penyertaan pula boleh dihantar melalui pos atau SMS. 

Borang penyertaan boleh dimuat turun di sini.

Untuk info lebih lanjut, sila rujuk terma dan syarat di sini.

Selamat berjaya semua!

Jangan lupa simpan resit dan kod bar untuk bukti pembelian!