Saharul Ridzwan dan ERA Bersama Beramal

6th May 2019

Pada bulan April lalu, pihak ERA telah dikejutkan dengan satu entri yang dimuat naik oleh dramatis popular Saharul Ridzwan bahawa beras-beras di Kuala Lumpur tidak menepati seleranya. Sambil menayangkan gambarnya bersama beras Nagasari ERA, anak jati Pahang itu akhirnya menarik nafas lega apabila beras ERA, iaitu satu-satunya jenama beras yang beliau gemari, kini telah menjengah pasaran Lembah Klang.

Saharul Ridzwan dan ERA Bersama Beramal

Berbesar hati dengan penghormatan yang Saharul berikan, pihak ERA telah mengundang beliau untuk menyerahkan 20 kampit beras 5 kilogram ke Surau Abdul Rahman Auf di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi sebagai meraikan semangat menderma pada bulan Ramadan ini. Tersentuh dengan inisiatif ERA itu, Saharul turut menyeru para peminatnya untuk sama-sama menyertai beliau dan ERA beramal pada bulan mulia ini, di mana bagi setiap 5 kilogram beras ERA yang dibeli di seluruh negara, 1 kilogram daripadanya akan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.

Saharul Ridzwan dan ERA Bersama Beramal

Untuk lebih memudahkan lagi para penggemar produk ERA di Kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, ERA juga telah bekerjasama dengan laman web potboy.com.my; di mana proses pembelian boleh dilakukan dengan lebih cepat dan ringkas secara atas talian, sambil terus dapat menderma sepertimana pembelian di kedai biasa.

Saharul Ridzwan dan ERA Bersama Beramal

Pihak ERA mengucapkan terima kasih buat Saharul Ridzwan kerana sudi menyempurnakan program ini, sebagai simbolik hasrat murni ERA dalam membantu meringankan beban masyarakat Islam bagi menjalani ibadah puasa tahun ini dengan lebih sempurna. Semoga usaha baik ini mendapat keberkatan, dan memperoleh sokongan berterusan oleh para anggota masyarakat.