7 Resipi Unik #DapurERA Gaya Raffie Yusoff

22nd October 2020

Citarasa kita semua berbeza. Ada yang meminati makanan tempatan, ada yang lebih selesa menikmati masakan Barat. Titik perbezaan ini bakal disatukan dengan sentuhan Chef Selebriti Instagram Raffie Yusoff menerusi siri terbaru #MasakBersamaDapurERA mulai Oktober ini.

TUJUH resipi tempatan yang istimewa bakal menerima sentuhan dunia dalam siri ini. Ada resipi tradisi yang digabung dengan elemen moden, ada makanan kegemaran rakyat Malaysia yang diadun dengan selera Eropah, dan ada juga makanan mewah yang kini lebih mudah untuk dimasak! Setiap satu resipi ini direka dan diadun semula bagi menghasilkan identiti baru yang unik, sambil memperkayakan lagi kelazatannya. Bahan utamanya? Semestinya produk ERA yang lazat, mudah dimasak dan sesuai untuk seisi keluarga Malaysia.

Ingin tahu resipi mana yang kami maksudkan? Jangan lupa saksikan siri #MasakBersamaDapurERA dan Raffie Yusoff mulai Oktober ini hingga Januari akan datang, pastinya di laman sosial ERA. Sambil menimba inspirasi, anda juga berpeluang memenangi wang tunai menerusi peraduan yang akan berlangsung di laman Instagram Chef Raffie. Masakan pun lazat, duit pun dapat!

Ikuti halaman Facebook dan Instagram ERA, dan Chef Selebriti Instagram Raffie Yusoff. Sampaikan juga berita baik ini kepada orang-orang yang tersayang, kerana ERA Enak Dinikmati Bersama!