ERA Mendapat Sentuhan Antarabangsa!

21st August 2020

Kami di ERA berbangga dapat bekerjasama dengan chef selebriti bertaraf antarabangsa, Datuk Chef Wan untuk siri #MasakBersamaDapurERA kami. Eksklusif untuk siri ini, Datuk Chef Wan yang berpengalaman hampir 30 tahun telah menghasilkan empat hidangan tempatan dengan sentuhan istimewa beliau. Ada resipi yang menggabungkan kelazatan sajian Malaysia dan Timur Tengah, ada yang diilhamkan daripada sentuhan istana di zaman silam, ada yang meggabungkan dua pencuci mulut tradisi kegemaran ramai dan satu lagi hidangan yang bukan sahaja lazat malah berkhasiat.


Yang pasti, setiap resipi produk ERA yang pastinya enak, mudah dimasak serta sesuai untuk dinikmati bersama oleh setiap keluarga di Malaysia. Tentunya Enak Dinikmati Bersama!


Satu peraduan juga akan berlangsung sepanjang Ogos dimana wang tunai berjumlah sebanyak RM3,000* boleh dimenangi. Peserta hanya perlu memasak semula resipi-resipi Datuk Chef Wan dari siri ini dan muat naik di Facebook ataupun Instagram. 15 gambar masakan yang terbaik akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM200 setiap satu berserta produk ERA. Dapatkan info lanjut tentang peraduan ini di laman sosial ERA! 


Jadi jangan lupa saksikan telatah dan celoteh Datuk Chef Wan dalam Masak Bersama #DapurERA setiap Khamis bermula 6 Ogos, pada jam 11 pagi di laman Facebook dan saluran YouTube Era Foods My. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook dan akaun Instagram kami.