Sekampit Beras Satu Keluarga

15th May 2020

Ramadan menjelma lagi. Mak Kiah tampak tenang dari luaran, namun dalam hatinya Tuhan saja yang tahu. Gerainya yang popular di bazar Ramadan setiap tahun kini tidak dapat beroperasi seperti biasa, kerana PKP. Kewangan keluarganya semakin meruncing. Selepas Ramadan, lebaran pula bakal menjelma. Jujurnya, dia tidak pasti bagaimana untuk terus bertahan bulan puasa ini, jauh sekali mampu memikirkan bagaimana sambutan Aidilfitri mereka sekeluarga nanti.

Kami di ERA sedar akan situasi Mak Kiah, dan ramai lagi di luar sana. Itulah sebabnya kami berbesar hati menjemput anda semua untuk sertai kami dalam membawa keriangan kepada mereka yang memerlukan. Dengan setiap pembelian Beras ERA Nagasari Import & SST (5kg/10kg) dan Beras ERA Nagasari Basmathi, Beras ERA Nagasari Pulut serta Beras ERA Sultan Basmathi (5kg) sepanjang Ramadan ini, beras bernilai RM0.50 akan disumbangkan ke tabung Riang Raya Bersama ERA.

Dana tabung Riang Raya Bersama ERA ini pula akan disalurkan ke program Sekampit Beras Satu Keluarga anjuran Insaf Malaysia. Sumbangan dalam bentuk Beras Nagasari ERA akan disampaikan kepada mereka yang memerlukan seperti rumah-rumah kebajikan, anak-anak yatim, golongan asnaf dan lain-lain di sekitar Kuala Lumpur, Selangor serta beberapa buah negeri lain. 

Kami menghargai sokongan anda sokongan anda terhadap jenama ERA dengan setiap pembelian, Untuk maklumat lanjut tentang Insaf dan program Riang Raya Bersama ERA, layari laman web https://riangrayabersamaera.erabk.com/.