Selamat Hari Raya Aidilfitri dari ERA

23rd May 2020

 

Lebaran kini telah menjelma. Walaupun disambut dalam suasana yang cukup berbeza, namun sokongan anda yang terus menerus bersama kami mengharungi tempoh mencabar ini membuatkan kami di ERA tetap merasakan semangat yang sama, dan kehangatan yang serupa.

Sokongan anda jugalah yang telah menjadikan Ramadan tahun ini cukup bermakna, sekaligus menjanjikan tirai Syawal yang penuh warna bahagia. Jutaan terima kasih pun takkan mampu menzahirkan penghargaan dan rasa kesyukuran kami buat anda semua.

Justeru, kami di ERA menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, atas segala keterlanjuran dan kekhilafan sepanjang kita bersama sebagai satu keluarga. Kami doakan semoga Aidilfitri anda tetap meriah dan ceria, walau di mana jua anda berada.Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, daripada kami di ERA!