PokPek #DapurERA Bersama Adibah Noor

26th January 2021

Pernah dengar Nasi Oreo? Atau Aiskrim Petai? Bagaimana pula dengan Sambal Strawberi Ikan Masin? Ini adalah antara makanan yang pernah viral di internet, dengan seribu satu ramuan yang tak pernah kita bayangkan. 

Dalam siri terbaru kami iaitu PokPek #DapurERA, Adibah Noor atau ‘Aunty Diba’ akan disajikan dengan makanan-makanan viral seperti ini oleh tetamu-tetamu beliau yang terdiri daripada 8 selebriti terkenal, termasuklah Ain Edruce, Black Hanifah dan Noor Nabila. Bukan setakat sama-sama merasa makanan viral ini dan ‘berpok-pek’ sakan, malah Aunty Diba juga akan turut memasak hidangan baru yang diinspirasikan daripada makanan viral tadi, pastinya menggunakan produk ERA!

Tak cukup dengan melihat telatah selebriti-selebriti kesayangan anda di dapur, anda juga berpeluang menjadi salah seorang daripada 22 pemenang kuiz kami untuk setiap episod. Antara hadiah hebat yang menanti anda, termasuklah Set Periuk Tefal Cookware So Chef 6 Pcs dan Periuk Nasi Tefal Spherical Pot.

Sedap atau tak makanan-makanan viral tersebut? Selebriti mana pula yang akan cuba memenangi hati Aunty Diba dengan hidangan baru lepas ini? Kenalah tengok PokPek #DapurERA setiap khamis, jam 5 petang di halaman Facebook ERA. Anda juga boleh saksikan episod-episod lalu di sini:  https://bit.ly/2LrdWVy . Jangan lupa untuk ikuti @ERAFoodsMy di laman Facebook serta Instagram untuk maklumat lanjut. Ingat, kongsikan berita baik ini dengan orang-orang yang tersayang, kerana ERA Enak Dinikmati Bersama!