top of page
Cari
nurulnaimah

Bab bekwoh ni, jangan main-main. Tak kena cara, tak jadi acara.




Itulah yang menjadi kerisauan penduduk kampung apabila Cik Man ingin menggantikan seorang tukang masak bubur lambuk tersohor, Pok Yie dengan anaknya yang bernama Ilyas.  


Ilyas, seorang anak muda yang mempunyai bakat dalam bidang kulinari dan mempunyai berjuta-juta pengikut di media sosial.


Apabila Pok Yie mengetahui dirinya bakal digantikan oleh Ilyas, beliau berasa amat kecewa dan sedih kerana setiap tahun Pok Yie adalah insan yang selalu diberi kepercayaan untuk menyediakan bubur lambuk.


Persoalannya, adakah bubur lambuk  yang dimasak oleh Ilyas berjaya menambat hati penduduk kampung ? Bagaimanakah pula dengan Pok Yie?


Jika, ingin mengetahui kesudahannya, ayuh saksikan sebuah filem Ramadan ‘Pok Yie Bekwoh’ yang dibawakan khas oleh Beras ERA. 


Salam Ramadan Kareem

39 lihatan0 komen

Comments


bottom of page