Kek Keju Milo Dinosaur

 

Bahan – bahan:

250g Cream cheese

200g Serbuk Milo 

2 Biji telur  

1/3 Cawan Krimer Manis ERA

1 Sudu kecil Tepung jagung 

1/2 Cawan Whipping cream

1 Pek Milo Nuggets sebagai hiasan

Bekas kek bulat 6”

Kertas parchment

 

Cara – cara:

  1. Panaskan ketuhar anda ke 220 C dan sapukan mentega di bahagian dalam bekas kek. 
  2. Tekap dua lapisan kertas parchment ke bahagian bawah dan bahagian sisi. Ia akan melekat kira-kira 2 inci dari tepi bekas tersebut. 
  3. Dalam sebuah mangkuk, campurkan serbuk milo, telur, Krimer Manis ERA sehingga sebati. 
  4. Menggunakan mangkuk lain, pukul cream cheese menggunakan whisk dan campurkan ke dalam campuran telur sikit-sikit pada kelajuan yang rendah. 
  5. Masukkan tepung jagung dan akhirnya masukkan whipping cream. Pukul sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam bekas kek dan bakar selama 25 minit.
  7. kemudian ketepikan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 6 jam. 
  8. Hiaskan kek dengan serbuk Milo dan ketulan Milo Nuggets.