Kuih Seri Muka Sirap Bandung

Bahan-bahan:

Lapisan bawah, pulut

250 gram Beras Nagasari Pulut Susu ERA, direndam 1 jam

¾ cawan santan pekat

¾ cawan air

1 sudu kecil garam

Lapisan atas

¾ cawan gula

2 biji telur

½ cawan tepung gandum

1 cawan Krimer Sejat ERA

¾ cawan air

2 sudu besar sirap ros

1 sudu kecil garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan beras pulut bersama santan, air, dan garam. Kukus selama 25-30 minit
  2. Sementara menunggu pulut masak, sediakan adunan lapisan atas. Campurkan kesemua bahan (termasuk Krimer Sejat ERA) dan tapis. Tuang ke dalam periuk dan kacau di atas api perlahan sehingga separa mendidih (tidak perlu mendidih). Tapis dan ketepikan.
  3. Alihkan dan padatkan pulut yang telah dikukus tadi ke dalam loyang petak bersaiz 6x6 inci (loyang dilapik dengan plastik terlebih dahulu)
  4. Tuang adunan lapisan atas tadi ke atas pulut, kukus sekali lagi selama 30-35 minit bergantung pada jenis pengukus anda. Biarkan sejuk sebelum dipotong.