Nasi Goreng Cheezy Seafood Bakar

Bahan-bahan:

 

2 cawan Beras Nagasari Super Import ERA, dicuci

2 cawan air

4 sudu besar Minyak Masak ERA

4 ulas bawang putih, dicincang halus

80 gram sotong, dipotong cincin

80 gram udang, dibuang kulit

100 gram mussels, dicuci

3 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk pati ayam

1 cawan keju (pizza topping, shredded)

Sedikit daun bawang untuk hiasan

 

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan beras dan air ke dalam periuk nasi dan masak seperti nasi biasa, biarkan sejuk
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga harum
  3. Masukkan sotong, udang, dan mussels. Goreng sehingga separuh masak
  4. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, dan serbuk pati ayam. Kacau rata
  5. Masukkan nasi yang telah disejukkan tadi, kacau rata sehingga masak
  6. Masukkan nasi goreng ke dalam ramekin dan taburkan keju di bahagian atas
  7. Bakar di dalam oven (api atas sahaja) pada suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit
  8. Taburkan hirisan daun bawang, dihidangkan ketika panasada suhu 190 darjah celcius selama 20-25 minit, atau sehingga keju perang keemasan. Sedia dihidangkan ketika panas