Sambal Udang Petai bersama Sultan Premium Basamathi ERA

Bahan – Bahan: 

8 Udang Besar, dikopek dan biarkan ekor

1 cawan Petai 

 

Bahan dikisar: 

1 Bawang merah 

3 Ulas Bawang putih 

1 Sudu besar Belacan

1/4 Cawan Pes cili kering 

1/4 Cawan Minyak Masak ERA

3 Sudu besar Asam jawa

3 Sudu besar Gula 

1 Sudu kecil Garam, secukup rasa 

 

2 Cawan Beras Sultan Premium Basmathi ERA, dibasuh dan direndam selama 30 minit sebelum memasak.

 

Cara – cara: 

  1. Panaskan Minyak Masak ERA didalam kuali besar kemudian masukkan bahan yang dikisar sehingga naik bau dan sehingga minyak pecah.
  2. Tambah air asam jawa dan garam secukup rasa. Masukkan udang, kemudian masak sehingga kuah menjadi pekat. 
  3. Masukkan petai dan masak lebih kurang satu minit. 
  4. Hidangkan panas dengan Beras Sultan Premium Basmathi yang dimasak.