Spaghetti Goreng dengan Seafood

 

Bahan – bahan:

1 Paket spaghetti 

Minyak Masak ERA

Segenggam Sotong, dibersihkan dan dihiiris tebal 

Segenggam Udang besar, dikopek dan biarkan ekor dan dipotong separuh 

1 Sudu besar Bawang putih, dicincang 

1 1/2 Sudu Besar bawang merah, dicincang 

1 Sudu besar Pes cili kering 

1 Sudu kecil Kicap manis 

Segenggam Basil segar, dicincang 

Lada hitam hancur, secukup rasa 

Garam, secukup rasa 

 

Cara – cara:

  1. Masak pasta dalam air yang mendidih yang ditambah garam. Tambah beberapa titis Minyak Masak ERA ke dalam air. Menggunakan tudung, tutup periuk selama kira-kira 7 minit dan kacau sekali-sekala.
  2. Ketepikan sedikit air pasta, kemudian tapis menggunakan penapis. Campurkan pasta dengan minyak dan ketepikan. 
  3. Panaskan kuali dengan Minyak Masak ERA, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, pes cili, kicap dan goreng sehingga dipanaskan. Masukkan sotong, udang dalam sos, dan tambah air pasta jika perlu.
  4. Masukkan pasta, basil dan tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.