Terung Sepanyol Belado bersama Sultan Premium Basmathi ERA

 

Bahan–bahan:

3 Terung, dipotong kecil

1/2 Cawan Minyak Masak ERA

1 Sudu kecil Garam 

 

Untuk sambal belado: 

 

2 Capsicum merah 

2 Cili merah 

3 Bawang merah (dicincang)

4 Ulas Bawang putih (dicincang) 

1 Sudu besar Serbuk cili 

1 Sudu besar Paprika 

1/2 Sudu besar Jintan putih

1 Cawan Daun ketumbar 

1 Cawan Pes cili kering 

1 Sudu besar Gula, garam dan lada secukup rasa 

 

2 Cawan Beras Sultan Premium Basmathi ERA, dibasuh dan direndam selama 30 minit sebelum memasak.

 

Cara Memasak:

  1. Bakar Capsicum, cili, bawang putih dan bawang di dalam ketuhar 
  2. Masukkan semua bahan yang dibakar ke dalam mesin memproses makanan. Tambahkan minyak, garam dan lada secukup rasa, dan campuran ketumbar sehingga menjadi pes. 
  3. Terung dipotong menjadi kepingan kecil. Taburkan dengan garam untuk mengelakkan isi terung bertukar menjadi warna coklat. 
  4. Panaskan Minyak Masak ERA dalam kuali pada api yang tinggi. Lap terung sehingga kering dan goreng selama kira-kira 2 minit sehingga warnanya bertukar. 
  5. Setelah terung digoreng, letakkan di atas rak wayar untuk membuang minyak yang berlebihan, dan diketepikan. Keluarkan minyak dari kuali dan biarkan kira-kira sebanyak 3 sudu minyak.
  6. Panaskan minyak dan masakkan pes rempah sehingga naik bau, kira-kira selama 8 minit. Masukkan terung yang digoreng dan masak selama 2 minit lagi. 
  7. Hidangkan bersama Beras Sultan Premium Basmathi yang dimasak.