Wrap Nasi Ayam

 

Bahan-bahan:

(untuk nasi)

2 cawan beras Beras Sultan Premium Basmathi 1121 ERA, dibasuh dan ditoskan

2 ¼ cawan air

3 sudu besar marjerin

Rempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)

2 biji bawang merah kecil

2 ulas bawang putih

1 cm halia

1 sudu besar serbuk/kiub pati ayam

 

(untuk ayam)

2 sudu besar Minyak Masak ERA

2 keping isi peha ayam (whole leg)

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis

 

(untuk wrap)

6 keping tortilla wrap original saiz besar

6 helai daun salad (iceberg lettuce)

biji timun jepun, dihiris nipis

1 biji tomato, dihiris nipis

6 sudu besar sos cili thai

 

 

Cara-cara penyediaan:

1.     Cuci dan rendam beras basmathi selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam periuk nasi

2.     Cairkan marjerin dan tumis rempah 3 sekawan, bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga harum, curahkan ke dalam periuk nasi yang berisi beras dan air tadi

3.     Masukkan serbuk pati ayam, kacau sebati dan tutup. Hidupkan periuk nasi dan masak seperti nasi biasa

4.     Sementara menunggu nasi masak, perap ayam bersama-sama sos tiram dan kicap selama 30 minit

5.     Setelah nasi masak, gemburkan menggunakan garfu, ketepikan

6.     Menggunakan kuali leper, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam sehingga masak dengan api sederhana

7.     Setelah ayam masak, angkat dan potong memanjang

8.     Untuk membentuk wrap, mula-mula letakkan tortilla wrap. Susun daun salad, timun jepun dan tomato. Kemudian sudukan nasi di tengah-tengah, letakkan ayam di atasnya dan letakkan sos cili thai

9.     Balut sehingga kemas dan sedia untuk dihidangkan